Resepi Mudah Karipap Inti Sayur

on Khamis, 28 Jun 2012

Kali ni, saya akan berkongsi resepi mudah lagi ringkas untuk membuat karipap berinti sayur. Resepi ini sesuai untuk hidangan 4 orang. Jom sama-sama kita masuk dapur dan buat karipap inti sayur untuk suami dan anak-anak tercinta.

Bahan-bahan: Kulit karipap
  • 400gram tepung gandum
  • 1 sudu teh mentega
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh minyak masak
  • 1 sude teh garam

Nak tau resepi kek cawan yang mudah? Klik sini

Bahan-bahan: Inti sayur
  • 500gram kobis bulat
  • 1 batang lobak merah
  • 400gram taugeh
  • 100gran kucai
  • 500gram sayur campur
  • 50gram bawang merah
  • 3 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
Cara penyediaan karipap inti sayur
  1. Untuk membuat kulit karipap, campurkan mentega yang dicairkan bersama tepung gandum.
  2. Masukkan sedikit garam dan minyak masak sikit demi sedikit.
  3. Gaul adunan hingga menjadi doh.
  4. Tumis bawang merah dan masukkan bahan-bahan lain (inti sayur tadi).
  5. Apabila masak, masukkan inti ke dalam karipap.
  6. Bolehlah kelim karipap menggunakan tangan atau alat kelim karipap.
  7. Sedia untuk digoreng dan dihidangkan untuk santapan bersama.
Inilah resepi mudah karipap inti sayur. Boleh cuba untuk gantikan sayur dengan apa jua yang ada gemari seperti ayam, daging ataupun kentang.

Analisis untuk hidangan ini ialah;
  • Kalori: 445kcal
  • Karbihidrat: 73gm
  • Protein: 16gm
  • Lemak: 9gm
  • Serat: 62.6gm
  • Sodium: 658mg
Selamat mencuba yer kawan-kawan.

Sumber rujukan: Majalah Rapi Bil. 143

Iklan teks: Panduan Resepi Mudah Kek Cawan
Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO